Friday, August 27, 2010

LELAKI IDAMAN SAYA

SUKE SGT PE YG HLOVATE CKP....DYE PUNYE NOVEL PON BESH!!!!
TP MMG QUOTES NI MENEPATI CIRI2 LELAKI IDAMAN SETIAP INSAN YG BERNAMA WANITA....
BACA YA....




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kaepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginga adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
yang hidupnya dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matnaya daripada berbelanja
yang sujud penug kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki iadaman saya adalah lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya.....

By HLOVATE

1 comment: