Monday, August 30, 2010

.....................................

saya selalu tunggu awak...
tp awak buat x tau je..

saya selalu tunggu awak...
tp awak kata saya tipu....

saya selalu tunggu awak...
tp awak kata saya suka buang masa...

kenapa awak...
saya selalu tunggu awak,,,,

tiba-tiba saya nampak  awak ngan si dia...
awak tahu selama ni saya tunggu awak....
kenapa awak buat saya macam ni...
saya tetap akan tunggu awak walaupun awak x ingat saya....
biarkan hati  saya merana tunggu awak,,,,

kecewa....uhuk2..

Time ku betol2 minat nga something...
time tu gak r ku akan dkecewakan...
uhuk2...


cedey giler...
dlm mggu lps ku dkenalkan ngan kawan sal 1 cite nie,,,,
nak dijadikan cerita,,,,

cam 1st time ku mnt gile ngan  cite mlayu nie...
cite nie base on novel..."KAU LAKSANA BULAN"

nk kata mmg sweet giler r...
minat abesh r...ye r..ku kan perempuan so...
ati lembut....lg2 tgok cite camnie....konpom cair..time ni la kata nak husband cam hero cite nie,,,,
(bukan pelakon dyer ek....watak hero tu k...)

ti bru leps tgok final eps kat tv.....
tang!!!!! teketing!!!!tom!!!!!bedebush!!!!!!!
(cam jatuh dalam gaung)

GiLer KECEWA,,,,,,,

cam tu je ending dyer?????
abeh tu....
org jht tu  per cer????
x kan x masok Tg RmBuTn????
MMG BANYAK GILER PERSOALAN YG TERTINGGAL KAT KEPALA OTAK NI....


tension x bersebab dah ku nih....
hu2....
Y..Y...OH YYYYYYYY....................

Saturday, August 28, 2010

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

sebenarnya saya mengcopy je post nih...
tapi bile baca nak sume org baca,,,

alangkah indahnya mempunyai seorang lelaki bernama suami seperti ini....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

KALAU,,,,

kalau kite jadi kawin,,,,
           anak2 kite mesti comel....
awak cantik,saya hensem...

kalau kite jadi kawin,,,,,
           saya mesti bahagia,.....
awak baik

kalau kite jadi kawin
         rumah kite mesti besar
awak engineer,saya doktor

kalau kite jadi kawin
           parent saya mesti seronok...
awak pandai layan diorang...

kalau lah kite jadi kawin ,,,,,,

p/s:dimerepekkan oleh shifa n p,qa OTW g times square,,,,,
          

Friday, August 27, 2010

BERSEDIAKAH?

BERSEDIAKAH AKU UNTUK MENINGGALKAN SEMUA INI?
KESERONOKAN DUNIA MEMBUTAKAN KU....
MENYEBABKAN AKU SERING TERLUPA..
MAAFKAN AKU....
ENGKAU SERING MENGINGATI KAMI SEMUA....
ENGKAU TIDAK PERNAH MELUPAKAN KAMI SEMUA....
TAPI DENGAN KEALPAAN DUNIA MENYEBABKAN KAMI SERING TERLUPA AKANMU...

WAHAI KEKASIH ALLAH.....
AKU INSAF...AKU MENGINSAFI KELEMAHAN DIRI....
AKAN KU CUBA SEDAYA UPAYA MERUBAH DIRI INI...
AKAN KU  MENJADI MAKHLUK CIPTAANNYA YG BERSYUKUR...
ATAS SEGALA LIMPAHAN KURNIANYA KEPADAKU....

ALHAMDULILLAH......................

ATAS SEGALANYA.....

LELAKI IDAMAN SAYA

SUKE SGT PE YG HLOVATE CKP....DYE PUNYE NOVEL PON BESH!!!!
TP MMG QUOTES NI MENEPATI CIRI2 LELAKI IDAMAN SETIAP INSAN YG BERNAMA WANITA....
BACA YA....




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kaepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginga adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
yang hidupnya dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matnaya daripada berbelanja
yang sujud penug kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki iadaman saya adalah lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya.....

By HLOVATE

Thursday, August 26, 2010

nak Tau X?????

Asslamualaikum sume....
 widu ku x?(prasan r minah nie....)..ala...x windu pon x per...de org len yg windu.....OOPPSS....
yela..mak windu...adik windu..akak windu...kan windu-mewindu tuh...

windu x windu skunk bukan mase nak bewindu-winduan k......

nak jd maknusia yg berguna dalam idop ni x susah,,,,tp nak mendekatkan diri PADANYA tu kekadang cam jd masalah kat kiter,,,,(terasa ati eden...)
kite kene saling mengingati antara satu sama lain..tol x???

BTOL3 (Ipin pon berkata...he3)

pandai adik IPin kite nie....kenal x sape si adik Ipin nih....ala..yg kembar botak tuh....abg dye nama Upin,,,adik dye name Ipin....dyeorg dudok ngan Kak Ros N Opah kat kampong..mak bapak dyeorg???ntah r ku pon x tau....kite anggap parents dyeorg g mlencong pstu tggal ank kat Opah...cian Opah....hu3

sebebebebebebebebenornyer nak ckp sket sal my BrO....korang nak tau x???
x nak pon baca gak...ahaks,,,,
Bro ku ni hencem!!.....siyus.....ramai org kata muke dye can SYAH RUKH KHAN.....ENcem la tu kan....
dye mahal dye tuh tang idong.....amboiiiiii....tinggi sungguh idong BrO ku inih,....tp bukan idong tinggi k....tu dah lain maksodnyer,,,,,
pe macam my BRO....cam SRK x???

nape lak tetiba ku cakap sal bro ku lak ek....bukan pe...ku ni kan sistah yg baik....sayang kat bro dye...\
walaupon idong dye tggi tp ati dye baik....ble ku susah ati dye bawak jln2.....
'penah 1 ari  ku gadoh ngan someone(not bf k)....mmg tension gler r....wlaupun dye x reti nak pujok gune ayat.....dye bawak ku jlan2 tgok permandangan Kay EL kat atas bukit ampang tuh...siyus sejuk ati pastuh....
pastu nak lepas tension g bile bwk kete kitorg pasang lagu kuat2  n melalak....
siyus release tension....bro ku ni mahal kat lesong pipit dye tuh....complete version kiri kanan ada... tgok dye senyum pon dah epi....jln nak g ampang nih time malam2 x derk kete....sunyi giler...sbb tuh leh melalak ,,,,x r malu,,hik3

sebelom sampai kat bukit tuh da roadbloCk...ALAMAK!!!!!! dah r time tension ku kuar x bawk pa pe pon....aleh2 nnt ku kene tggkap pandatang asing...time tuh dah cuak nayer...tp BRo KU KATA relex jer....
wat besa je....
ku pon kengkonon membesakan diri r...
senyum sket pastuh.........................................LEPAS......

aik?????
camtuh jer....
bek x yah cuak td....

biler pk2 balik...kete ku tuh ada sticker PolIs(my big BOS polIs)....so kirenye pakCik POLIS tuh ingatkan brO ku ni SEangkatan ngan dyeorg r kot.......so lepas lah kiteorg.....
pastuh balik umah kol 3 pg kene lecture ngan BIG BOS,,,,,sbb dye dah tggu kat depan umah....
hak3....pdn muke ku....

tp x kesah sbb dpt tgok VIEW OF KL time mlm....siyus canthek....
hiasan semata2

Friday, August 20, 2010

Suatu KeTika....

Pada suatu subuh hari..kedengaran burung berkicauan???(aik..time suboh burung dah bagun ker???)

sambung balik..ketika itu kedengaran juga bunyi alarm clock hanpon berbunyik.....(suara DoNald DucK)
ku tutop balik...(reaksi biase r..rse sebok je hanpon ni...)

pe yg ngah ku mrepek ni.....pecah rahsia susah nak bgun...(ni cerita semata2....not real k...)
 
nak ckp pe g ek????

ermmmmm....
arrrrrrrrrrr....
haaaaaaa.....

(ngah BLurrrrrrrr jp....)

x pe...ku tolis byk3 pon brape kerat je yg bace....tol x????(cedih nayer..hu3)

nak ckp sal cik salmah yg asik jual nasi lemak kat umah ku(terbatok acik salmah tu....uhuk2)

sal salwani yg asik menompang kat umah ku....



nak g tau betapa mlsnye ku nk baca pHarmacO yg tggi meggunung.........
pdhal luse nak  test....

malasnye.....malasnye....malasnye....malasnye....
malasnye.....malasnye....malasnye....malasnye....
malasnye....malasnye....malasnye....malasnye....
cam leh wat lagu lak..tjok MALAS.....mesti mletop nyer....hik2

nnt msti korang ckp...==== (tulis post ni rajin lak????)

well....post len..
               .baca len,....
                        tido len....    
                               mkn len....
                                       tol kan....(sume org anggok kpala)

kan dah kata LEN sume tu.....
....
...
YE R......
ye r....
korang msti ngah membebel cam makcik kata "TUTOP LAPTOP NIH...G BACA BUKU TUH!!!!!"

baik makcik......saya TuTop(ngan cedihnyer nak tekan SIGN OUT N SHUT DOWN...)
                                            (nak nagis nih......hu3....x pek korang x nak pujok lgsong....nak majok sehari!!!)

Tuesday, August 17, 2010

tiDO.....


kucing ni tido sedap jer.....klo la kite dpt tido yg x tergggu kan besh!!!!!

ni...brape jam je 1ari...
hu2

AL kisah bermulalah cerita sedih ini yg bertajok....TAK TIDO2...

nak pendekkan cerita yg pendek ni camni......ku masok r projek kat kolej(sbb nak stay punyer psl..)
masok lak deko.....huh...mmg carik nahas r....
mane x nyer..
deko yg kene bersengkang mata x tido nak siapkan back drop....
so..kat lecture hall la tempat tido baru....
sampai kuliah je...tido...asal tido je kuliah....asal kuliah je tido...asl tido je kuliah....(ulang byk kali)
lagi2 skunk ngah bolan pose,,,,



harapan la.....nak tgok muke lecture pon samar2....ala2 mamai....(mmg mamai pon)
disebabkan letih tahap melampau(sendiri menletihkn dri sndiri..)
smpai ttido kat dwn kuliah sambil mengeluarkan bunyi yg x patot....huhu3

malu giler kowt....terasa cam nak letak muke dlam beg kertas....pastu wat lobang kat mata je....hu3

bukan sekali....tp klas esoknye pon sama....
hua...hua......malu nye,.....
pe yg letih sgt pun x tau.....
......
tp rini konon x nak tido dah r...
tp apakan daya mata x larat nak bukak....ancor musnahlah.......semuanya..a.a.a.a.a.a.a(lagu arwah P.RAMLEE.)

bajet nak balik bilik tido.....
tp harapan tinggal harapan...balik2 berfb....bca komik......buka blog org2(bukan org2 ka sawah pasi tu ye..)
ish2,,,,

alamatnyer mmg tempat tido ku kat lecture hall la....
(bile la budak ni nak brubah)......

Thursday, August 12, 2010

klo x ikhlas ...CaKAp R!!!!!!!

muke sombong!!!!\

tp bukan nak  ckp sal sombong ke pe....
geram kat orang yg suke ckp x klear..
pstu bg kite mngharap....
pastu tetiba kata "x r,,,x leh"

aish!!!!!
cam nak kasi buku lima ni je....
cmat bolan pose ni...
mmg mgoji kesabaran sunggoh....

hmmph!!!!!!!

klo x leh npe x ckp awl2 kata mmg x leh nak kasi...FINISH!!!!
senang...x r org trtunggu2,,,,,,'
igtkan brg da ada ....xyah bli dah.....
len kali klo x ikhlas nak kasi ckp!!!!!!

org tau la....

klo wat cam ni lg org naek angin.....
TENSIOn.!!!!!

Saturday, August 7, 2010

Satay VS keRaNG VS GatHerinG...?????????

Mggu nie  x update pown blog ni....msti blog ni windu kat ku...
ha3.(prasan trlbih plak)...

ni way,,,,,,,ni trbokti btapa seboknyer ku mggu ni smpai x bkk lptop(de 1 ari je bkk....)

BUKANNYE nak ckp sal x bkk lptop....nak ckp...,mggu ni dilemma terlampau.....
tu la..pdn muke..sape sroh masok bnyk projek kolej.....pADan Ngan MUke Ku.....


skunk graduation week kat UM.....so,....mmg sebok giler r.....
kolej kitorg da wat gerai(standard r...sume kolej wat bnde sme kot..)

so.....at the same time(speking la plak....)
de 2 projek yg ku masok wat jual2 gak.....1 kerang...1 g satay....
aish2....mane nak g...
dlm mase yg sama lak,,,,,ngan wat persiapan 4 gathering kos ku.....alumni dtg...
huhu2,,,mmg penat thp GABAN!!!!!!
balik2 bilik....tros tdo....hu2....

BUli?????

dah melangkah ke alam keSENIORAN ni....(bukan SENIOR CITIZEN k..)

smbong balik k....kesibokan melampau tahap GABAN!!!!(power habesh r...)
sampai nak tido pown x senang....huhu...bertambah lingkaran bebola gelap di mataku..huhu...

tp de kne mngene ngan buli ke...
lantak r...
he2...